Wednesday, January 26, 2011

Fasha Sandha & Jejai..


Fasha oh Fasha...sian aku tengok ko ni. Mula2 join industri, aku ni salah sorang peminat ko tau tak..?? Seblom drama Natasha ko tu kluar, aku paling menyampah tengok drama Melayu. Apa tak nye.. tengok 15 minit pertama je aku dah tau ending nye camne.

Bila tengok ko berlakon dalam Natasha tu, best la pulak. Terjerat aku dalam drama Melayu... Tapi bila drama2 selepas tu pun style ko berlakon sama macam dalam Natasha, penonton dah naik muak dengar suara 'kucing' ko. Ingatkan sequel Natasha ke sebab suara dan style acting ko sama..rupa2nye drama lain.. So boring la nak tengok...

Sebab tu la aku beralih drama omputih sampai skang..

Ni nak citer pasal ko & Jejai.. aku takdelah nak marah sebab ko jadi punca keretakan rumahtangga dia. Tapi ko sedar tak imej & maruah ko dah drop? Kalau pun ko nak sangat kat Jejai tu, biarlah sampai ke jinjang pelamin...takdelah peminat cop ko artis penuh kontoversi!!

Dah la gitu, yang pegi pakai seksi tak hengat kat Bali tu amende nye la pulak?? Iye la..aku tau itu hak privacy ko tapi ko tak sedar ke ko tu kan artis? Kalau ko xnak jaga maruah ko, jaga la maruah keluarga ko sendiri, tak pun maruah kaum, bangsa dan agama ko..

Dalam Mykad dah tertulis ko beragama Islam, so tolonglah jangan berbikini tak tentu hala..kan banyak lagi sut yang boleh ko pakai untuk mandi..kot iye pun xnak pakai cara muslimah, pakai la cycling short ke...legging ke..kan tak menjolok mata..kita kan wanita Islam.

Sori la aku bukan nak leterkan ko tapi aku malu bila tengok ko ter'bogel' camtu...terlintas dalam fikiran aku soalan ni.."apa lagi yang tinggal untuk bakal suami ko tengok nanti..?

Hmm...fikir2 la cik Fasha oii...semoga Tuhan turunkan hidayahNya untuk ko ek..

No comments: